Ayat Penghargaan Untuk Assignment


PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam ( TITAS ) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Impak negatif dan positif pengaruh Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Dr. Amini Amir Abdullah kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

PENGHARGAAN

            Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK ROMPIN khasnya Pengetua Puan Hajah Hawiah Binti Chik dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan Norzawati Binti Aziz kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

            Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Sukri Bin Tengah selaku guru Pengajian Am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

            Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Sabri Bin Ahmad dan Puan Norini Binti Abdullah jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

            Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Nur Sakinah Binti Ramlan dan semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual.

            Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.



0 thoughts on “Ayat Penghargaan Untuk Assignment”

    -->

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *